Latar belakang

Beliau berkerja sepenuh masa sebagai petugas di UNISEL dan perniagaan ini merupakan perniagaan sampingan dan hanya mengisi masa lapang Sahaja.  Beliau memulakan perniagaan ini selepas PKP untuk mencari pendapatan lebihan Sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan ADI

Beliau sebelum ini tidak pernah mengetahui kewujudan NADI di dalam melatih para usahawan luar bandar. Pada asalnya beliau hanya singgah untuk mencetak dokumen peribadi , setelah mendengar fungsi-fungsi NADI di dalam melatih para usahawan , ia menarik minat untuk libatkan diri di dalam program-program NADI walaupun jadul kerja yang padat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau di dalam program-program NADI, banyak kelas-kelas yang dianjurkan Bersama agensi Kerajaan ataupun swasta. Beliau bersyukur walaupun beliau jarang hadir ke NADI tetapi hubungan dengan petugas di dalam info-info bengkel atas talian tidak putus-putus. Dengan group whatass petugas dengan semua usahawan, Beliau dapat bertukar-tukar idea dan memberi sokongan kepada usahawan yang lain.

Latar belakang

 

Seorang suri rumah yang berniaga gubahan coklat dan buah-buahan untuk komuniti setempat. Perniagaan ini telah beroperasi selama 4 tahun dan hanya dilakukan di rumah Sahaja. Beliau juga tiada perkerja melainkan pekerja bayaran one off yang akan dipanggil jika ada permintaan pengantaran Sahaja. Gubahan ini berbagai jenis antaranya bunga coklat kek dan sebagainya berbentuk hadiah.  Gubahan ini diubah mengikut bajet pelanggan antara RM20-RM150 keatas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau ke NADI beliau tidak dapat bertukar-tukar pendapat dan idea untuk mengembangkan gubahan beliau kepada yang lebih baik. Beliau juga tidak mengetahui bahawa poster dan sticker boleh buat secara DIY dan kos nya lagi murah dari pasaran. Hal ini penting kerana apabila perniagaan kecil-kecilan ini perlukan modal yang besar di dalam pasaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau didalam bengkel-bengkel usahawan anjuan NADI banyak ilmu pengetahuan yang beliau dapat kerana ia membuka mata bahawa perniagaan kecil pun boleh Berjaya.  Di NADI ramai kenalan baru yang boleh memberi pandangan dan peluang untuk kembangkan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat meningkatkan pendapatan berniagaan beliau.

 

                                                                    

 

Latar belakang

Perniagaan ini sudah bertapak selama 6 tahun. Berniga menjual pakaian kanak-kanak dari harga RM5 dan paling mahal adalah RM15 sahaja. Baju kanak-kanak ini adalah mampu milik . Pada asalnya pernigaan ini hanya di pasar-pasar malam Sahaja, tetapi apabila PKP berniaga tidak laku dan perlukan perbaharuan yang baru untuk meningkatkan pendapatan keluarga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas PKP, berniagaan di pasar malam atau secara depan tidak lagi mendapat sambutan, maka dengan itu beliau perlu belajar berniagaan digital seperti menjual di media social seperti facebook, shopee, tiktok dan sebagainya media sosial. Beliau belajar sendiri tetapi tidak mendapat sambutan kerana salah teknik dan cara jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau tidak boleh belajar sendiri kerana dan perlukan sesorang guru untuk belajar, dari situlah beliau kenali NADI yang berfungsi membimbing para usahawan untuk mengembangkan pernigaan digital dan memberi ilmu untuk lebih maju di dalam ICT.

Malah bukan itu salah , NADI memberi perkhidmatan kuriar ninjavan yang memudahkan urusan jual beli atas talian dan hanya perlu hantar ke NADI untuk poskan sahaja. Ia akan memudahkan masa kerana ia dekat dengan rumah dan tidak perlu menghantar ke bandar Rawang.

Latar belakang

Perniagaan ini baru ditubuhkan semasa PKP dan sehingga ke hari ini iaitu membuat makanan dari rumah sahaja. Menu yang terdapat adalah nasi ayam, laksa johor, pulut kuning, rendang dan sebagainya. Operasi adalah seminggu 4 kali sahaja. Beliau juga terima tempahan untuk makan-makan atau mengadakan kenduri. Kawasan penghantaran adalah sekitar daerah Hulu Selangor Sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada asasnya beliau datang ke NADI hanya untuk membayar bil Sahaja dan lama kelamaan dengan berbagai kelas dan program yang dilakukan oleh NADI ia menarik minat kepada beliau untuk hadiri kelas-kelasa yang ditawarkan . walaupun keadaan rumah yang jauh , ia bukan menghalang beliau untuk hadiri kelas-kelas yang ditawarkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau sendiri yang sedar akan meningkatan yang ketara selepas penglibatan beliau di NADI Taman Seri Serendah. Hal ini kerana dulu beliau tidak tahu untuk mencari maklumat di internet tetapi dengan hadiri kelas pengenalan Internet, beliau sudah pandai untuk mencari info tentang produk usahawannya. Berbagai info berkaitan menu-menu yang terbaru dapat diperolehi.

Malah bukan itu salah , NADI memberi pendedahan tentang cara membuat sticker atau poster secara DIY. Dengan hadiri kelas aplikasi Canva beliau dapat pelajari untuk membuat sendiri poster secara DIY.