Usahawan Perniagaan Baju Wanita atas Talian 

1

Latar belakang

Beliau memulakan peniagaan menjual baju wanita atas talian sahaja. Perniagaan ini bermula pada awal 2017 kerana pada masa itu beliau berhenti kerja. Atas sebab kos kehidupan yang tinggi. Beliau menjalankan aktiviti menjual baju wanita atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan di Pusat Internet beliau berkerja di Kilang. Dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk fokus kepada penjagaan anak. Beliau mencari tempat yang sesuai untuk membuat peniagaan atas talian. Dengan itu , baru la beliau terjumpa dengan Pusat Internet yang dekat dikawasan sekitar beliau.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Berbagai kelas usahawan dan kelas ICT yang beliau hadiri untuk meningkatan lagi pengetahuan di dalam perniagaan serta kemahiran ICT untuk menguruskan perniagaan dengan sistematik dan teratur. Hal ini kerana ia dapat membawa beliau masuk ke pasaran yang serba canggih dan moden untuk berdaya saing dengan dunia luar.

Malah, bukan itu sahaya Petugas di PI1M memperkenalan beliau di dalam sistem terbaru iaitu dashboard ( My shop ), sistem ini dapat mempromosikan perniagaan di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama ini juga dapat meningkatkan pendapatan saya yang lebih tinggi. Anggaran pendapatan kasar beliau pada masa ini di dalam Rm600 sehingga Rm800 sebulan.

 

Usahawan Perniagaan Gubahan Bunga dan Coklat 

as

Latar belakang

Puan Norfaizah Ghazali berumur 33 tahun. Beliau sudah berkahwin selama 6 tahun dan masih tidak punyai anak. Pernigaan ini bermula daripada ubahan bunga di rumah. Ramai keluarga dan kawan-kawan menjadi dorongan untuk membuat perniagaan ini yang akan dihantar terus kepada pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, beliau banyak mengunakan sistem talian komunikasi sosial seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila penglibatan beliau di PI, beliau banyak mendapat ilmu pengetahuan tentang urus berniaga di atas talian kerana ia dapat meningkatkan pendapatan seharian. Perubahan selepas penglibatan di PI dan kelas-kelas yang dihadiri nya menunjukkan peningkatan pendapatan dari RM600 sebulan terus ke RM1000 sebulan. Hal ini memberi kesan yang positif terhadap perniagaan nya untuk lebih maju lagi.

Seterusnya, kelas usahawan ini juga membantu beliau untuk menguruskan perniagaan yang lebih sistematik dan teratur. Hal ini menyebabkan berbagai teknik dan fungsi-fungsi yang meningkatkan pendapatan.

 

Pelajar Celik IT (OKU) 

DSCN6900

Latar belakang

Rohit Hansraja berumur 16 Tahun dan  merupakan seorang OKU yang mempunyai penyakit autism Spectrum Disorder .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak minat untuk bersekolah kerana persekitaran yang tidak kena dengan jiwanya. Berbagai aktiviti yang beliau lakukan untuk menarik minat beliau untuk mempelajari sesuatu untuk aktiviti. Walaubagaimanapun, jelas menampak kan minat beliau di dalam penggunaan telefon pintar dan penggunaan komputer di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau lebih focus dengan penggunaan internet di pusat internet taman seri serendah kerana persekitaran yang lebih tenang dan teratur. Ia juga salah satu rangsangan kepada pemikiran untuk lebih berkembang. 

Beliau seorang budak yang bijak kerana dapat menguasi dunia internet dan cara penggunaan internet. Jika dilihat dengan mata kasartentang cara penggunaan komputer ia budak yang normal. Apabila di pusat internet, ia dapat di kawal kerana petugas dapat memerhati gerak laku beliau dan pada masa yang sama petugas dapat memgajar beliau dengan lebih tratur dan sistematik.

Usahawan Perniagaan Menjual Kuih Muih dan Frozen Food

 

DSCN6904

Latar belakang

Puan Rosnani Bt Mat Jus berumur 51 tahun. Selama 5 tahun beliau menjalani perniagaan membuat kuih muih ini kerana ia merupakan pendapatan utama kerana beliau ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya berniaga di kawasan perumahan sahaja. Dan pada masa itu pendapatan tidak banyak dan perlu membuat perkerjaan sambilan yang lain. Beliau berfikir , beliau perlu mencari cabang lain untuk meluaskan perniagaan beliau denagn itu beliau temui pusat internet untuk mecari lebih banyak ilmu supaya dengan adanya ilmu peniagaan ini dapat menambahkan pendapatan.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas di PI memperkenalan beliau dengan sistem terbaru iaitu dashboard (MyShop), sistem ini dapat mempromosikan perkhidmatan jualan kuih muih beliau di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama ini juga dapat meningkatkan pendapatan beliau yang lebih tinggi kerana beliau juga membuat frozen food kuih muih.

Pelajar Celik IT 

DSCN6592

 

Latar belakang

Nur qaseh Izati berumur 12 tahun dan merupakan calon UPSR tahun 2018 di Sekolah Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT banyak menghabiskan masa di padang atau di rumah sahaja, Penggunaan komputer di sekolah tidak merangsangkan kerana berebut-rebuat2 dan waktunya terhad sahaja. Banyak yang beliau tidak mengetahui cara-cara penggunaan komputer. Pada mula nya beliau hanya mengetahui komputer berkaitan dengan permainan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila sudah penglibatkan diri di aktiviti dan kelas di PI banyak yang beliau dapat melajari antara nya ialah beliau sudah pandai mencari gambar di laman web tertentu dan dapat menghasilkan kerja kursus yang lebih menarik.

Seterusnya di dalam kelas ICT juga beliau dapat mempelajari cara-cara membuat slide perbentangan yang lebih menarik. Di dalam Microsoft power point tersebut terdapat fungsi-fungsi yang tertentu yang dapat digunakan yang lebih mendalam dan di dalam kelas ini terdapat latihan yang tertentu yang perlu di selesaikan. Oleh yang demikian ia dapat melatih kemahiran penggunaan tersebut.

Malah bukan itu sahaja, di PI jugak dapat mempelajari kemahiran lain di dalam permainan kratif dan dapat mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah lebih bagus untuk mengembangan otak berhubung.