Pengenalan

Surau At-taqwa terletak di jalan untama Desa Melor.  Surau ini memberikan banyak manfaat kepada penduduk Desa Melor atau taman perumahan sekitarnya.  Antaranya, surau ini menyediakan solat Jumaat, juga solat setiap waktu, pengurusan jenazah, kuliah dan banyak lagi kelas islamiah. 

Pengenalan

Klinik kesihatan Serendah terletak di Jalan Ipoh, Serendah SERENDAH FS, 43300, Selangor.  KK Serendah ini menyediakan pelbagai jenis rawatan antaranya rawatan asas seperti demam, batuk selsema, rawatan gigi dan juga klinik ibu dan anak.  KK Serendah merupakan Klinik utama bagi penduduk Serendah dan sekitarnya.

  

Pengenalan

Dewan Komuniti Serendah boleh disewa untuk majlis-majlis yang bersesuai seperti majlis perkahwinan, seminar, majlis konvo, mesyuarat agong dan banyak lagi majlis yang melibatkan orang ramai.  Selain itu, dewan komuniti ini juga boleh ditempah untuk bermain badminton atau pertandingan badminton.  Cara dan syarat menempah dewan komuniti ini boleh didapati dengan melayari https://www.tempahanmdhs.gov.my/v2.2/ .

 

Pengenalan

Kedai MR. DIY baru saha dibuka di kawasan serendah.  Kedai ini serba sedikit dapat membantu melengkapkan kemudahan di sekitar serendah ini kerana kedainya yang banyak menjual barang keperluan buat penduduk setempat.

PENGENALAN

Kawasan lapang / padang kampung seri serendah digunakan untuk aktiviti yang bermusim seperti sukan neka sekolah, tapak penyembelihan ketika raya Aidiladha dan banyak lagi.  Pada waktu petang kanak-kanak sering bermain di padang ini kerana mempunyai taman permainan.