Kita boleh menjadi sebahagian daripadanya dengan:
🌳 Menjadi ‘environmental hero’ dengan melindungi alam sekitar
🌍 Lantang dalam menentang pencemaran dan perubahan iklim
💼 Mengajak perniagaan untuk menjadi lebih lestari
♻️ Menjadi sumber inspirasi dengan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan mengajak orang lain untuk turut menyertai. Lead with example!
Jom, mari kita bersuara bersama-sama! Bumi kita ini hanya satu, dan kita bertanggungjawab dalam memberikan impak positif kepada Bumi kita serta melindunginya untuk masa depan yang cerah!

 

 

                                         

 

Latar belakang

Beliau merupakan murid sekolah rendah yang duduk berdekatan dengan NADI. Beliau tidak pernah masuk NADI dan tidak mengetahui fungsi-fungsi NADI sehinggalah beliau menemankan ibubapa beliau. Ibubapa beliaulah yang ingin beliau masuk ke program-program yang di jalankan di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Atas sebab ibubapa beliau kenali NADI, Pendidikan ICT ini penting di dalam kehidupan harian sekarang disebabkan kelas yang ditawarkan di sekolah di dalam ICT terhad dan tidak mencukupi kerana berbagai tugasan sekolah perlu disiapkan di dalam computer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menghadiri berbagai kelas yang ditawarkan, beliau sudah mula reti menaip dengan pantas dan betul. Hal ini kerana dapat memudahkan segala tugasan sekolah kerana beliau mempunyai Kemahiran menaip.

Malah bukan itu Sahaja, beliau juga sudah pandai membuat surat rasmi dan tidak rasmi di Microsoft Word yang dipelajari di NADI.