Latar belakang

Perniagaan ini baru ditubuhkan semasa PKP dan sehingga ke hari ini iaitu membuat makanan dari rumah sahaja. Menu yang terdapat adalah nasi ayam, laksa johor, pulut kuning, rendang dan sebagainya. Operasi adalah seminggu 4 kali sahaja. Beliau juga terima tempahan untuk makan-makan atau mengadakan kenduri. Kawasan penghantaran adalah sekitar daerah Hulu Selangor Sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada asasnya beliau datang ke NADI hanya untuk membayar bil Sahaja dan lama kelamaan dengan berbagai kelas dan program yang dilakukan oleh NADI ia menarik minat kepada beliau untuk hadiri kelas-kelasa yang ditawarkan . walaupun keadaan rumah yang jauh , ia bukan menghalang beliau untuk hadiri kelas-kelas yang ditawarkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau sendiri yang sedar akan meningkatan yang ketara selepas penglibatan beliau di NADI Taman Seri Serendah. Hal ini kerana dulu beliau tidak tahu untuk mencari maklumat di internet tetapi dengan hadiri kelas pengenalan Internet, beliau sudah pandai untuk mencari info tentang produk usahawannya. Berbagai info berkaitan menu-menu yang terbaru dapat diperolehi.

Malah bukan itu salah , NADI memberi pendedahan tentang cara membuat sticker atau poster secara DIY. Dengan hadiri kelas aplikasi Canva beliau dapat pelajari untuk membuat sendiri poster secara DIY.