Tarikh : 08 September 2019
Masa : 08.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 144 orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan mempromosikan pusat internet kepada komuniti setempat dan seterusnya memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada masyarakat setempat.

Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan fungsi-fungsi Dashboard Komuniti di dalam meningkatkan pengetahuan ICT dan menambahkan kemahiran ICT kepada komuniti seterusnya melahirkan komuniti yang celik ICT.

 

Aktiviti

1. Pemeriksaan kesihatan (BMI, darah tinggi, kencing manis dan Pap smear)

2. Pemeriksaan gigi

3. Pameran dan taklimat dari agensi-agensi yang hadir seperti PTPTN, Syabas, TNB, E-Wasiat

4. Pembukaan gerai jualan oleh usahawan AIM

5. Bacaan Yassin online

6. Taklimat penjagaan gigi

7. Taklimat dari MERS 999

8. Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)

9. Pertandingan mewarna online, gubahan hantaran berpandukan Youtube, menulis artikel, Word Search, Pengumpulan barangan E-waste, Dashboard Komuniti;MyShop,MyKomuniti dan MyPlace.

Gambar disini 

 

Tarikh : 17 Ogos 2019
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 8 orang

 

Tujuan
Membantu usahawan untuk memperkenalkan perincian produk mereka menggunakan Microsoft Power Point.

 

Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang kepentingan perincian produk usahawan kepada pengguna. Seterusnya peserta ditunjukkan contoh cara membuat perincian produk menggunakan Power Point dan mereka diminta membuat perincian berdasarkan produk masing-masing.

Gambar di sini.

Tarikh : 04 Ogos 2019
Masa  : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 8 orang

 

Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Microsoft Publisher untuk kegunaan keusahawanan.

 

Aktiviti

Peserta diberi penerangan tentang beberapa fungsi asas yang terdapat di dalam Microsoft Publisher.

Kemudian peserta diajar dan diberi tugasan untuk membuat menu bagi mempromosi produk mereka menggunakan template yang telah sedia ada.

Aktiviti selingan: Penerangan tentang siaran digital myFreeview.

Gambar Disini

 

Tarikh : 16 Ogos 2019
Masa : 09.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah 
Peserta : 6 orang

 

Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan tetikus. Selain itu, kelas ini juga membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris peserta kerana arahannya menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.

 

Aktiviti
Peserta diminta untuk membuka laman web puzzle online. Seterusnya peserta diminta untuk menyelesaikan beberapa puzzle di tahap easy dan medium. Petugas menerangkan kepada peserta tentang arahan-arahan yang diberi di dalam permainan tersebut.

Gambar di sini.

Tarikh : 08 Julai 2019
Masa : 03.30 petang - 05.30 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 8 orang

 

Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas di dalam penggunaan Microsoft Excel.

 

Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang contoh-contoh penggunaan excel di dalam pembelajaran. Seterusnya peserta diminta untuk membuat latihan asas penggunaan excel berpandukan buku manual pembelajaran.

Gambar disini.