Tarikh : 16 Januari 2020
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 4 orang

 

Tujuan :
Kelas ini diadakan bertujuan membimbing penduduk sekitar Serendah memantapkan lagi teknik penghasilan surat rasmi menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti :

Peserta diberi penerangan dan latihan tentang pentingnya pengetahuan aplikasi Microsoft Word kerana ianya adalah aplikasi utama pada masa kini dalam menghasilkan surat rasmi untuk sebarang urusan rasmi terutamanya yang melibatkan urusan dengan kerajaan.

Peserta seterusnya di beri latihan menghasilkan demo surat rasmi agar mereka lebih memahami penggunaan tools yang sesuai seperti format perkataan, jarak diantara perenggan, saiz teks yang sesuai dan sebagainya.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh : 12 Januari 2020
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 6 orang

 

Tujuan :
Memberi pendedahan asas penggunaan aplikasi Microsoft Powerpoint kepada penduduk setempat.

 

Aktiviti :

Peserta diperkenalkan dengan fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Powerpoint. Seterusnya peserta diajar untuk membina slide presentation disamping mempelajari cara memasukkan maklumat dan gambar hasil carian daripada internet ke dalam slideshow.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh : 4 Januari 2020
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang

 

Tujuan
Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta mencari maklumat menggunakan internet.

 

Aktiviti

Peserta diajar untuk mencari maklumat di internet melalui beberapa website yang mengandungi banyak infomasi umum seperti Wikipedia, Google Image, website-website akhbar dan blog persendirian.

Aktiviti selingan lain yang di jalankan adalah membantu peserta mengetahui cara memuat turun dan menyimpan gambar dari internet ke komputer serta mencetak gambar menggunakan aplikasi Microsoft Photo Viewer. Pendedahan ini seterusnya meningkatkan lagi tahap kemahiran ICT peserta di usia muda. 

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 13 Januari 2020
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang

 

Tujuan :
Kelas ini bertujuan membimbing peserta menggunakan applikasi Microsoft Excel dan Aplikasi Media Sosial WhatsApp.

 

Aktiviti :

Peserta diperkenalkan dengan fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Excel dan seterusnya dilatih membuat jadual dan merekod data.

Aktiviti selingan lain yang di jalankan adalah membantu peserta membuka aplikasi Whats App Web melalui komputer dan memuat turun dokumen untuk tujuan simpanan peserta.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 4 Januari 2020
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang

 

Tujuan
Kelas ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengendalikan jenis-jenis percetakan.

 

Aktiviti

Peserta diajar untuk menggunakan print tools yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Photo Viewer. Peserta kemudiannya dilatih memahami beberapa pilihan setting percetakan seperti percetakan 1 muka, 2 muka bersebelahan, percetakan pasport dan lain-lain.

Peserta seterusnya di minta untuk mencuba sendiri salah satu pilihan printing yang popular iaitu percetakan 2 gambar bersebelahan dalam 1 muka surat (side by side printing) serta melihat hasil cetakan dari pembelajaran tersebut. Pembelajaran ini secara langsung telah meningkatkan lagi kemahiran peserta dalam bidang ICT.

 

Gambar Di Sini