PROFIL KAMPUNG DATO' HARUN (M) 

 

Nama Kampung : Kampung Dato' Harun (M)
Kawasan : Serendah
Negeri : Selangor Darul Ehsan
Moto : "UKHWAH MEMBAWA MUAFAKAT"
Visi : Membentuk Masyarakat Yang Bersaing Maju Untuk Mengukir
    Nama Dalam Mengejar Ekonomi Yang Mantap dan Barkah
Misi : Menuju ke Arah Masyarakat Yang Berwawasan Cemerlang
    Duniawi dan Ukhrawi
Objektif    Mewujudkan Masyarakat Yang Harmoni Dalam Mengejar
    Kehidupan Berkualiti, Aman dan Makmur

 

logo

LOGO KAMPUNG DATO' HARUN

Pembukaan Kampung Dato' Harun (M), Serendah, Selangor Darul Ehsan
adalah pada tahun 1969 dan nama kampung ini juga diambil sempena nama
Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YB Datuk Harun Idris. Rumah
teres sebanyak 50 buah telah pun dimulakan pembinaan pada peringkat
awalnya sehingga ia berkembang pada tahun 1971.

Pada tahun 1985 YB Tan Sri Mohamad Bin Hj Mohamad Taib juga telah
menetap di kampung ini sehingga beliau dilantik menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.
Kampung ini maju dan membangun dengan pesatnya seiring dengan kepesatan kemajuan
negeri Selangor. Sekarang kampung ini telah meliputi keluasan sehingga berjumlah
10,170 ekar yang meliputi 17 rangkaian kampung dan taman sekelilingnya.