1) SAMBAL BILIS GARING

Nama : Adel

Umur : 30 tahun

Mula berniaga : 2020

Untuk dapatkan sambal bilis garing boleh klik disini http://wa.me/+60134346308

 

2) YUS LITTLE TREART

Menu🧁
Choc moist (rm1)
Chocojar (rm1)
Cake slice (rm1)
Cupcake (rm1)
Cheesetart (rm1.5)
Brownies (rm1)
Creampuff (rm1)
Jelly kelapa (rm1)
Ais cream (rm1)
Crunchy popia (rm7)
Milkshake (rm3)
Kek tapak kuda crunchy choc (rm10)
Kek tapak kuda matcha Cruncy (rm10)
Sambal bilis (rm15)

Waktu operasi: Isnin - Jumaat (12 tengah hari - 7 petang)
Lokasi - No 2 Jalan Dahlia 3 Kampung Seri Serendah, 48200 Serendah, Selangor
No telefon: http://wa.me/60193255297
Facebook: Yus Ma

   

   

 

3) WARUNG BULOH DESA ANGGERIK

Awung Buloh Desa Anggerik terletak di jalan utama Desa anggerik dan Warung ini menyediakan makanan khas Jawa dan kampung seperti Nasi Ambang, Lontong, lempeng dan banyak lagi.  Rasanya juga sangat sedap dan ramai juga pengunjung dari luar Serendah yang datang untuk mencuba makanan dari Warung ini.

  

 

4) HAMDAN'S ROTI CANAI

Hamdan's roti canai menyediakan makanan srapan pagi seperti pelbagai jenis roti canai, nasi lemak dan lauk pauk, bihun goreng, mee goreng dan kuih muih.  Kedai ini telah lama dibuka dan memang menjadi makanan harian bagi penduduk setempat rasanya yang sedap dan layanan yang bagus dan pemilik yang ramah.  Kedai ini terletak di jalan utama Desa Anggerik.

  

 

5) BEAUTY ESCAPE STUDIO

Beauty Escape Studio menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kecantikan antaranya salon rambut, spa, penata rambut, seni inai dan artis solek dan banyak lagi.  Kelebihan kedai ini ialah menyediakan perkhidmatan khas untuk para wanita dan jika berminat boleh hubungi :-

No Tel : 017-3119541

Facebook : https://www.facebook.com/beautyescapestudio

Lokasi : No 2, kedai plb, Jalan Dahlia 3, Kampung Seri Serendah, 48200 Serendah, Selangor

  

 

6) RESTORAN NASI KANDAR MELAYU SERENDAH

Restoran ini menyediakan nasi kandar melayu dengan pelbagai jenis lauk pauk.  Selain itu, nasi ayam juga ada dijual di sini.  Pada waktu bagi juga ada juadah sarapan pagi seperti roti canai, lempeng, nasi lemak dan kuih muih.

No Tel : 012-2899036

Facebook : https://www.facebook.com/restoranasikandarmelayuserendah

Lokasi : Jalan Kuala Lumpur, Tanjung Malim, 48200 Serendah, Selangor

Waktu Beroperasi : Setiap hari (7 Pagi - 5 Petang)

    

  

  

 

7) WARUNG ROTI CANAI KHAIRUL

Warung ini menyediakan makanan sarapan pagi iaitu roti canai, nasi lemak, dan kuih muih.  Warung ini juga telah lama dibuka dan menjadi salah satu warung utama di kawasan serendah.  Warung ini terletak di kedai plb, Jalan Dahlia 3, Kampung Seri Serendah, 48200 Serendah, Selangor.

  

 

8) EDYZAN KITCHEN

Edyzan Kitchen menyediakan perkhidmatan catering dan juga menjual masakan panas.  Pelbagai jenis makanan yang dijual oleh mereka antaranya ayam lidi RM1, laicikang,masakan panas, burger ayam goreng, set ayam cheese dan banyak lagi.  Mereka juga menerima tempahan untuk air laicikang, masakan panas ataupun makanan berkuah seperti mee kari.  Makanan yang disajikan sangat sedap dan memenuhi cita rasa pembeli.  Makanan yang dimasak ialah homemade dan harga juga sangat berpatutan.

Untuk tempahan sila hubungi : 019-6034646.

  

  

 

9) NZ COFFEE.CO

NZ COFFEE merupakan sebuah coffee house yang menyediakan pelbagai jenis coffee, minuman dan makanan.  Tempatnya yang sangat cozy dan chill lebih menarik minat anak muda untuk meluangkan masa di sana.  NZ COFFEE juga ada menyediakan desert seperti pavlova, pelbagai jenis kek, dan Japanese cream puff.  Selain itu, makanan yang popular disana adalah chicken buttermilk yang dihidang bersama nasi dan juga telur.  Sebarang pertanyaan sila hubungi, 0128055810.

  

   

 

10) BAWAH POKOK CERI SERENDAH (BPCS)

BPCS menyediakan makanan tengah hari dan petang.  Antara makanan yang di sajikan adalah nasi lemak, nasi ayam, mee kari, rojak, mee sup dan banyak lagi.  BPCS terletak di jalan utama berhadapan Masjid Nurul Iman, Serendah.  Kebanyakkan pelanggan BPCS ialah penduduk setempat dan kedai ini juga telah lama beroperasi.

  

  

 

11) KOPITIAM SERENDAH

Kopitiam Serendah berada di No.1, Gerai MPHS, Kampung Dato' Harun, 48200 Serendah, Selangor iaitu jalan utama Serendah.  Kopitiam Serendah juga menyediakan pelbagai jenis makanan antaranya nasi lemak, mee kari, roti bakar, nasi ayam penyet asam laksa dan banyak lagi.  Kedai baru ini menjadi tumpuan penduduk setempat kerana kedai ini buka dari pagi hingga petang.

 

12) BASIC ENTREPRENEURS - KELAS USAHAWAN TIKTOK (5)

Tarikh    : 7 May 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat : NADI Taman Seri Serendah

Peserta : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kami untuk memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok.  Selain itu, dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan Rakan Digital memberikan penerangan tentang aplikasi Tiktok dan cara kegunaannya.  Seterusnya, setelah selesai mendaftar akaun dan sebagainya, usahawan mencuba untuk membuat Live di aplikasi tersebut.  Usahawan tersebut berjaya menjual beberapa produk yang dijual dan dapat menambah beberapa followers di akaun tiktok beliau.

Gambar Disini


 

13) BASIC ENTREPRENEURS (WEBINAR AKSES PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL SIRI 2/2023)

Tarikh    : 22 Ogos 2023

Masa     : 10 Pagi - 11 Pagi

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang pinjaman perniagaan yang disediakan oleh Tekun dan bantuan lain yang disediakan oleh Tekun yang boleh membantu usahawan yang baru atau yang lama diluar sana.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan penceramah menerangkan tentang peranan Tekun didalam industri dan peranan lain Tekun.  Seterusnya, penceramah menerangkan tentang skim yang disediakan oleh Tekun untuk para usahawan yang boleh dimohon oleh usahawan.  Selain itu, penceramah juga menerangkan tentang setiap proses untuk menerima kelulusan skin dari Tekun.  Sebelum sesi tamat penceramah juga menyediakan sesi soal jawab untuk usahawan bertanya soalan.

Gambar Disini


 

14) BASIC ENTREPRENEURS (POSTER KEUSAHAWANAN MENGGUNAKAN CANVA)

Tarikh    : 6 Jun 2023

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta untuk membuat poster menggunakan canva dengan lebih mudah dan lebih kreatif.  Ini kerana di canva terdapat banyak template percuma yang cantik dan sangat praktik untuk digunakan.  Canva juga mempunyai banyak kegunaan lain selain membuat poster, canva juga mempunyai template untuk membuat resume, kad perniagaan atau juga boleh mengedit video.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan dan kelebihan menggunakan canva.  Seterusnya, petugas akan meminta peserta untuk membuka canva di website dan meminta peserta untuk memilih template poster yang peserta mahukan.  Setelah selesai memilik peserta boleh memulakan sesi mengedit poster mengikut maklumat yang peserta mahu.  Akhir sekali, petugas akan check hasil kerja peserta dan akan simpan kedalam dokumen simpanan peserta.

Gambar Disini


 

15) BASIC ENTREPRENEURS ( KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN)

Tarikh    : 13 Jun 2023

Masa     : 11:30 Pagi - 12:30 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan di sekita PEDi untuk mengetahui cara pengurusan kewangan yang lebih tepat dan efektif.  Selain usahawan komuniti setempat juga boleh mengikuti kursus ini untuk menambah ilmu kewangan mereka.  Banyak perkara yang diajarkan antaranya ialah apa itu perakaunan, asas pengurusan kewangan dan banyak lagi.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan moderator akan memperkenalkan diri dan akan memulakan kursus.  Seterusnya, moderator akan membentangkan isi-isi slide yang dipaparkan dan akan menerangkan satu persatu tentang pengurusan kewangan.  Setelah kursus hampir tamat moderator akan membuka sesi soal jawab untuk para peserta dan mereka boleh menanyakan soalan yang berkaitan tentang kewangan dan sebagainya.

Gambar Disini


 

16) BASIC ENTREPRENEURS (MICROSOFT EXCEL - PENYATA KEWANGAN)

Tarikh    : 15 Jun 2023

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat penyata kewangan dengan betul dan lebih teratur dengan menggunakan Microsoft Excel.  Selain itu, dapat memudahkan peserta mengemaskini penyata kewangannya dengan lebih efektif.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang kegunaan Microsoft Excel kepada peserta dan cara kegunaannya.  Seterusnya, peserta akan memulakan aktiviti dengan memasukkan segala maklumat kewangan kedalam setiap cell di Microsoft Excel.  Petugas juga mengajar peserta cara menggunakan formula yang disediakan oleh Microsoft Excel dan antaranya penggunaan formula Sum.  Setelah peserta selesai memindahkan maklumat kewangan tersebut, petugas akan menyimpan kerja-kerja tersebut kedalam dokumen simpanan peserta.

Gambar Disini 


 

17) BASIC ENTREPRENEURS ( MENDAFTAR AKAUN TIKTOK SELLER DAN MEMBUAT LIVE)

Tarikh    : 5 Desember 2023

Masa     : 10 pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kami untuk memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok.  Selain itu, dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan Rakan Digital memberikan penerangan tentang aplikasi Tiktok dan cara kegunaannya.  Seterusnya, setelah selesai mendaftar akaun dan sebagainya, usahawan mencuba untuk membuat Live di aplikasi tersebut.  Usahawan tersebut berjaya menjual beberapa produk yang dijual dan dapat menambah beberapa followers di akaun tiktok beliau.

Gambar Disini 


 

18)BASIC ENTREPRENEURS - KELAS USAHAWAN TIKTOK

Tarikh    : 18 April 2024

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat : NADI Taman Seri Serendah

Peserta : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kami untuk memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok.  Selain itu, dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan Rakan Digital memberikan penerangan tentang aplikasi Tiktok dan cara kegunaannya.  Seterusnya, setelah selesai mendaftar akaun dan sebagainya, usahawan mencuba untuk membuat Live di aplikasi tersebut.  Usahawan tersebut berjaya menjual beberapa produk yang dijual dan dapat menambah beberapa followers di akaun tiktok beliau.