Aktiviti yang telah berlangsung di Pusat Internet 1Malaysia

 

Januari 2011
Intel Learn Program Di Pusat Internet 1Malaysia Taman Seri Serendah 

Pada 15, 16, 22, 23, 29 Januari yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Taman Seri Serendah Telah mengadakan Intel Learn Program(ILP) untuk pelbagai peringkat umur. Program ini adalah untuk mempelajari kemahiran yang berguna untuk pekerjaan dan persaingan di abad ke-21 ini. Kemahiran ini mengandungi literasi teknologi, pemikiran kritikal dan kerjasama di antara peserta.


Ogos 2010
 
Bengkel Aplikasi Elektronik Bagi Murid Sekolah Rendah

Pada 22 Ogos 2010, Ahad, satu bengkel telah diadakan di PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti (Pi1M) Taman Seri Serendah, Selangor. Bengkel ini diadakan bagi mengajar mereka tentang aplikasi internet yang boleh digunakan bagi meningkatkan ilmu pembelajaran. Aplikasi yang digunakan ialah e-Pembelajaran (www.thekidzpage.com). Bengkel ini percuma bagi ahli PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti (Pi1M) Taman Seri Serendah dan telah disertai seramai 9 orang kanak-kanak.

 

Julai 2010
Pertandingan ICT Di Pi1M Taman Seri Serendah

Pada 2, 3 dan 18 Julai, satu pertandingan telah diadakan di PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti (Pi1M) Taman Seri Serendah, Selangor. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memberi pendedahan penggunaan aplikasi elektronik (e-Pembelajaran) dalam kehidupan seharian. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan kunjungan mereka ke Pusat Jalur Lebar Komuniti (Pi1M) Taman Seri Serendah, Selangor agar mereka boleh mempelajari lebih banyak lagi aplikasi menerusi kelas dan aktiviti yang selalu diadakan di PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti (Pi1M) Taman Seri Serendah, Selangor.

Jun 2010
Program Majlis Dialog PDK Serendah Bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor 

Pada 22hb Jun 2010, Selasa, Pi1M Tmn Seri Serendah telah mengadakan promosi dan mengedar pamplet dalam program ini bagi tujuan memperkenalkan Pi1M kepada komuniti setempat khususnya memberi kesedaran kepada orang kurang upaya (OKU) di rumah PDK ini. Majlis dialog ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Rudziah Ismail (Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita Sains & Inovasi) peringkat Negeri Selangor. Selain itu, Majlis pecah tanah tapak bagi pembinaan PDK baru di Serendah turut diadakan.

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Pada 26hb Jun 2010, Sabtu, Pi1M Tmn Seri Serendah telah mengadakan promosi Pi1M dengan membuka kaunter dalam program tersebut. Program MES ini telah diadakan di Perkarangan Surau Al-Mustaqim Desa Anggerik, Serendah, bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari dan telah dianjurkan oleh JKKK Serendah. Antara program yang berlangsung seperti Pendaftaran Tabung Anak-anak Selangor (TAWAS), Pendaftaran Usia Emas/OKU, Daftar Pemilih (SPR), Pendaftaran Bantuan Anak-anak ke IPTA/IPTS dan sebagainya. Semua Pendaftaran MES adalah percuma. Pi1M turut mengadakan pendaftaran ahli bagi mengumpul keahliaan dan pengedaran borang netbook percuma turut diberikan. Secara tidak langsung, komuniti setempat dapat mengetahui tentang Pi1M dengan lebih dekat melalui khidmat nasihat yang diberikan secara langsung.

 

Mei 2010
Program Ramah Mesra & Mesyuarat Agung Usahanita Hulu Selangor

Pada 8hb Mei 2010, Sabtu, Pi1M Tmn Seri Serendah telah mengadakan promosi dan mengedar pamplet pada program ini bagi tujuan memperkenalkan Pi1M kepada komuniti setempat. Program ini berlangsung jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang, bertempat di Dewan Komuniti Desa Melor, Serendah. Pelbagai aturcara majlis yang telah diadakan selain mesyuarat agung usahanita seperti pertandingan hiasan buah-buahan, pertandingan ratu kebaya, pertandingan menulis cerpen dan pelbagai lagi pertandingan telah diadakan.

 

April 2010
Majlis Pelancaran e-Kiosk Generasi Digital & Perasmiaan PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti (Pi1M) Taman Seri Serendah

Pada 23 April 2010, Jumaat, telah berlangsung Majlis Pelancaran e-Kiosk Generasi Digital dan Perasmiaan PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti (Pi1M) Taman Seri Serendah, Selangor. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Antara aktiviti yang diadakan ialah penyampaian komputer kepada pelajar dan ahli-ahli Pi1M paling aktif, penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang, Pelancaran E-Kiosk Generasi Digital dan Penyampaian Sijil Tuan Rumah E-Kiosk di Hulu Selangor, Pi1M dan sidang akhbar turut diadakan diakhir majlis.