1) E-KERAJAAN - LAMAN WEB BORANG NIKAH

Tarikh    : 5 September 2024

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk mengisi borang nikah dan juga untuk mengajar cara melayari laman web.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang cara melayari laman web untuk mengisi borang nikah tersebut.  Seterusnya peserta akan membuka laman web tersebut dan mengisi borang tersebut dan petugas akan memastikan peserta membawa semua maklumat yang perlu diisi.  Setelah peserta selesai mengisi borang tersebut, petugas akan memastikan peserta mengimpan borang tersebut dan petugas akan mencetak borang tersebut untuk simpanan peserta.

 Gambar Disini


 

2) BASIC ICT - APLIKASI CANVA (MEMBUAT RESUME)

Tarikh    : 7 September 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat resume dengan menggunakan Canva.  Selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit kegunaan lain canva dan kelebihannya.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas akan memberikan penerangan ringkas tentang cara pembuatan resume dan cara mengedit template resume di Canva.  Seterusnya, petugas akan menyurus peserta untuk membuka canva terlebih dahulu dan memilih template resume yang peserta mahu.  Petugas juga akan memastikan peserta membawa semua maklumat yang harus diisi didalam resume tersebut.  Peserta memulakan aktiviti mengedit resume tersebut, dan setelah selesai petugas akan menyemak resume tersebut adakah telah lengkap atau tidak.  Setelah selesai petugas akan menyimpan resume tersebut kedalam dokumen simpanan peserta dan membuat salinan untuk kegunaan peserta.

 Gambar Disini

 

 

3) LATIHAN E-SPORT ( PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA NADI TAMAN SERI SERENDAH & NADI KG SG. MASIN)

Tarikh    : 8 September 2024

Masa     : 2 Petang - 6 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menarik minat peserta dalam bidang e-sport yang kian digemari zaman kini.  Peserta merupakan kumpulan wakil bagi NADI Taman Seri Serendah untuk ke perlawanan peringkat Negeri.  Perlawanan ini adalah perlawanan latihan antara NADI di Hulu Selangor.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas membuat room perlawanan dan memasukkan 2 kumpulan ini untuk mereka mula bermain.  Seterusnya, perlawanan dimulakan dan perlawanan berterusan sehingga 3 perlawanan.  Akhir sekali perlawanan dimenangi oleh pasukan NADI Taman Seri Serendah.

 Gambar Disini


 

4) BASIC ICT - MEMBUAT AKAUN GMAIL

Tarikh    : 10 September 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta mendaftar dan menggunakan aplikasi email.  Selain itu, peserta juga dapat mempelajari carauntuk menaip email dan kegunaan komputer.

AKTIVITI

Aktivitidi mulakan dengan petugas memberikan penerangan cara kegunaan email (Gmail).  Seterusnya, petugas meminta peserta membuat carian gmail dan memasukkan maklumat yang diminta antaranya nombor telefon, tarikh lahir dan password untuk kegunaan login nanti.  Setelah itu, petugas mengajar peserta cara menghantar email dan juga kegunaan lain email.

Gambar Disini 


 

5) PROGRAM PENDAFTARAN SSM - BIZSTART SIRI 5/2024

Tarikh    : 9 September 2024

Masa     : 9 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 2 orang

TUJUAN

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan baru tentang kepentingan pendaftaran SSM.  Pendaftaran SSM penting kepada usahawan kerana memberi banyak kelebihan daripada kerajaan.  Dengan adanya SSM ini, para usahawan dapat mengembangkan perniagaan untuk mendapatkan modal atau pinjaman.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan penerangan tentang pendaftaran SSM, dan kebaikan-kebaikan mendaftar perniagaan.  Para peserta diberi taklimat yang terperinci dari pada SSM dari awal sehingga akhir, SSM juga memberi peluang kepada para pelajar serta OKU untuk memulakan perniagaan.  Taklimat ini merangkumi semua lapisan masyarakat, dan akhir sekali sesi soal jawab dan kaji selidik diberikan untuk menambahbaikkan bengkel ini.