1) BASIC ENTREPRENEURS - PERNIAGAAN MEDIA SOSIAL (INSTAGRAM)

Tarikh    : 2 July 2024

Masa     : 3 Petang- 5 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta dalam memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di media sosial iaitu Instagram.  Selain itu, membantu peserta serba sedikit dari segi marketing seperti bila masa yang sesuai untuk upload product,  ayat yang menarik untuk menarik pembeli dan banyak lagi.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk mendaftar atau creat akaun instagram terlebih dahulu.  Seterunya, setelah mempunyai akaun petugas akan mengajar peserta cara untuk memasukkan gambar profil akaun dan cara untuk post gambar produk.

 Gambar Disini 


 

2) E-LEARNING - ASAS CANVA

Tarikh    : 4 July 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 4 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta untuk membuat poster menggunakan canva dengan lebih mudah dan lebih kreatif.  Ini kerana di canva terdapat banyak template percuma yang cantik dan sangat praktik untuk digunakan.  Canva juga mempunyai banyak kegunaan lain selain membuat poster, canva juga mempunyai template untuk membuat resume, kad perniagaan atau juga boleh mengedit video.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan dan kelebihan menggunakan canva.  Seterusnya, petugas akan meminta peserta untuk membuka canva di website dan meminta peserta untuk memilih template poster yang peserta mahukan.  Setelah selesai memilik peserta boleh memulakan sesi mengedit poster mengikut maklumat yang peserta mahu.  Akhir sekali, petugas akan check hasil kerja peserta dan akan simpan kedalam dokumen simpanan peserta.

Gambar Disini


 

3) SOFT SKILL - GROOMING

Tarikh    : 5 July 2024

Masa     : 3 Petang - 4 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 12 orang

TUJUAN

tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendidikan awal kepada peserta tentang kekemasan diri dan cara menjaganya.  Hal ini supaya, peserta dapat pendedahan awal dan dapat mendisiplinkan diri supaya nanti mereka lebih kemas dan teratur.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan serba sedikit apa itu grooming bagi seseorang dan kepentingannya.  Seterusnya, petugas menayangkan beberapa video untuk menambahkan lagi pemahaman peserta dalam makna grooming tersebut.

 Gambar Disini 


 

4) E-LEARNING - APLIKASI CANVA (MEMBUAT NAME KAD)

Tarikh    : 7 July 2024

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta membuat name kad untuk kegunaan mereka.  Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara penggunaan Canva yang mempunyai banyak kelebihannya.  Antaranya, boleh membuat resume, membuat poster, logo dan banyak lagi.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang cara untuk mengedit dan menggunakan Canva.  Seterusnya, petugas meminta peserta untuk memilih template name kad yang disediakan di canva.  Setelah peserta memilih template yang dia mahukan, peserta akan memulakan edit mengikut maklumat yang dia mahukan didalam kad tersebut.  Setelah selesai petugas membantu untuk membuat cetakan untuk simpanan peserta.

 


 

5) SOFT SKILL - MEMBUAT AIR COCKTAIL BUAH.

Tarikh    : 12 July 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 12 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menambahkan lagi aktiviti para peserta dan membantu peserta dalam skill bersosial bersama peserta yang lain.  Selain itu, peserta juga dapat mengisi masa mereka dengan bersama-sama peserta mempelajari membuat air cocktail buah yang sangat mudah dan rasanya yang sedap.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan kepada para peserta apa bahan-bahan yang diperlukan jika membuat air cocktail buah.  Setelah selesai menerangkan, petugas memulakan bancuhan air cocktail buah tersebut mengikut step yang ditentukan.  Setelah selesai membancuh air tersebut, petugas memberikan setiap peserta 1 cawan dan air cocktail buah tersebut boleh dihidang dan diminum.

Gambar Disini 


 

6) STEM-IOT - STEM CODING

Tarikh    : 13 July 2024

Masa     : 9 Pagi - 2 Petang

Tempat : NADI Kg Sg Buaya

Peserta : 20 orang

TUJUAN

Aktiviti ini adalah program anjuran NADI Kluster Hulu Selangor yang dibuat di NADI Kg Sg Buaya dan peserta yang ikuti adalah pelajar sekolah disana.  Aktiviti ini mengajar tentang STEM iaitu coding, STEM merupakan singkatan bagi Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.  Aktiviti STEM ini selalunya melibatkan aktiviti kokurikulum sekolah seperti aktiviti robotik, matematik dan sains.  Aktiviti ini juga telah menjadi salah satu aktiviti yang penting sekarang kerana dapat meningkatkan lagi pembelajaran pelajar tentang sains, matematik dan pembinaan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan pegajar menerangkan tentang apa itu STEM dan memberikan kuiz kepada para pelajar.  Antara kuiz yang diberikan ialah yang melibatkan mata pelajaran Sains dan Matematik.

 


 

7) STEM-IOT - STEM APPS (CODING, MEMBUAT APPS DAN CODING DRONE)

Tarikh    : 13 July 2024

Masa     : 9 Pagi - 2 Petang

Tempat : NADI Kg Sg Buaya

Peserta : 20 orang

TUJUAN

Aktiviti ini adalah program anjuran NADI Kluster Hulu Selangor yang dibuat di NADI Kg Sg Buaya dan peserta yang ikuti adalah pelajar sekolah disana.  Aktiviti ini mengajar tentang STEM iaitu coding, STEM merupakan singkatan bagi Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.  Aktiviti STEM ini selalunya melibatkan aktiviti kokurikulum sekolah seperti aktiviti robotik, matematik dan sains.  Aktiviti ini juga telah menjadi salah satu aktiviti yang penting sekarang kerana dapat meningkatkan lagi pembelajaran pelajar tentang sains, matematik dan pembinaan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan pegajar menerangkan tentang apa itu STEM dan memberikan kuiz kepada para pelajar.  Antara kuiz yang diberikan ialah yang melibatkan mata pelajaran Sains dan Matematik.

 


 

8) STEM-IOT - MICROBIT

Tarikh    : 14 July 2024

Masa     : 9 Pagi - 1 Petang

Tempat : NADI Kg Sg Buaya

Peserta : 20 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang aktiviti robotik yang melibatkan coding.  Seterusnya, pelajar juga dapat merasai sendiri bagaimana cara untuk menggerakkan sebuat robot dengan menggunakan coding dan banyak lagi.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang coding dan juga tentang kegunaan Microbit.  Seterusnya, setelah selesai aktiviti coding, petugas akan menunjukkan cara bagaimana microbit itu bergerak mengikut coding yang telah dibuat.

 


 

9) E-LEARNING - MELAYARI LAMAN WEB MYPTPTN

Tarikh    : 21 July 2024

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk menyemak tentang peminjaman PTPTN beliau.  Seterusnya, peserta dapat mempelajari cara asas melayari internet dan mengguna komputer.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta login terlebih dahulu laman web PTPTN tersebut.  Setelah login peserta membuat semakan tentang apa yang ingin di semak setelah selesai petugas akan membantu peserta untuk logout laman web tersebut.